Skip to main content

Budaya Popular

Memang Macam Ernie! Netizen Terhibur Lihat Khawla Buat Rutin Tarian Sebelum Ke Sekolah - “So Kena Buat Macam Ni Ambil Mood Kerja”

astro_gempak_memang-macam-ernie-netizen-terhibur-lihat-khawla-buat-rutin-tarian-sebelum-ke-sekolah.jpg
Anak kepada pasangan penyanyi, Ernie Zakrie dan Syamel iaitu Nur Khawla Soleha mendapat perhatian netizen kerana gelagat lucunya sebelum ke sekolah.
 

Tarian semangat

Menerusi video tular yang di muat naik Syamel di TikTok merakamkan gelagat Khawla sedang melakukan rutin tarian sebelum ke sekolah.

Sebelum melakukan rutin tersebut, Syamel bertanyakan terlebih dahulu kepada anaknya itu bagaimana cara untuk mendapatkan semangat sebelum pergi ke sekolah.

“Okay Lala macam biasa sebelum kita pergi sekolah apa kita kena buat?

“Daddy nak kali ni yang betul-betul semangat dengan muka-muka serius tu,” ujarnya.


Khawla kemudiannya dengan penuh semangat terus melakukan tarian Hakka sekali dengan mimik wajahnya yang comel itu.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan Khawla yang lucu.
@syamel_official

Ritual sebelum school ✌🏻

♬ original sound - Syamel

Advertisement

Must-Watch Video