Ada kaitan dengan ajaran sesat! Itu antara kemungkinan yang berlaku terhadap suspek yang dipercayai membunuh anak berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, teori berkenaan dibuat berdasarkan cara bayi lelaki itu dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.
Menerusi Harian Metro, Shafien menjelaskan sehingga kini suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan.
“Sebaliknya suspek hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.
"Selain bapa mangsa, kami turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.
Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.
"Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif," katanya.
Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.
Terdahulu, dalam kejadian pagi semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.
Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental sebelum disedari jam 11.30 pagi.
Kes bapa bunuh bayi 8 bulan, dilumur garam dan disumbat dalam guni di Bachok, Kelantan semalam,
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 14, 2020
Bapa didapati mungkin terlibat ajaran sesat.
Polis belum rekod keterangan suspek kerana enggan cakap dan tidak henti ‘berzikir’.
Dakwa dgr suara ‘malaikat’ sebelum bunuh anaknya. pic.twitter.com/B9l9Qi0YkC
Sumber : Harian Metro
Gambar: Twitter