Perkongsian sepotong video yang dibuat penyanyi muda Masya Masyitah berjaya mencuri tumpuan warganet baru-baru ini.
Advertisement
Menerusi perkongsian di TikTok, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 23, dilihat sedang membakar piza.
@newmassy_ Pizza nightt❤️⭐️? #fyp #tiktokmalaysia #foryou #pizza #food ♬ som original - Giovanna Lima
Netizen teruja
Menjengah di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja apabila melihat juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua 2014 itu kembali aktif.
“Lama tak nampak Masya.
“Timbul dah rindu, lama dia hilang.
“Lama you hilang hope you doing good,” komen beberapa netizen.
Imbas semula, pada Julai 2023 Masya Masyitah menjadi bualan ramai apabila dia tampil dengan imej baharu tidak lagi bertudung.