Skip to main content

Berita Tempatan

"Kenyataan Itu Pada Aku Terlalu Kejam Buat Mereka Yang Benar-Benar Punya Bakat" - Azhan Rani

azhan-rani.jpg
Aktor berbakat Azhan Rani mengakui kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang penerbit yang mementingkan rupa daripada bakat.

Menerusi entri di Instagram (IG), Azhan menjelaskan kenyataan itu adalah kejam bagi mereka yang benar berbakat.

"Memenuhi kehendak tv station atau memancing rating dengan wajah-wajah elok adalah sasaran untuk mereka yang rata-ratanya producer juga pengarah. Kalau ramai tengok dapatlah job lagi, faham juga tu.

"Cuma kenyataan itu pada aku terlalu kejam buat mereka yang benar-benar punya bakat. Kemana pula yang tak punya rupa tu nak humbankan bakat dia tu. 

"Apakah benar audien perlukan rupa semata dan sanggup hadam lakonan semborono wajah-wajah berupa tu. Hakikatnya masih ada yang dahagakan kualiti. Ada bakat dan rupa sekali pula adalah bonus.

"Sebutkan saja mana wajah pelakon rebutan ramai kini kalau dilihat balik wajah mula-mula mereka melangkah ke industri ni macam mana. Pecah rumah pun ada tapi masa tu diaorang belum mampu dah mampu tengok la pula penampilan mereka rupa paras pada aku boleh dibentuk," tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

selama ni aku tak pernah pun bercerita tentang #dfkl ni.. tadi terbaca tentang pencarian wajah dfkl yang tengah hangat sekarang ni.. khabarnya ramai yang penuh harapan nak jadi bintang tv berduyun2 datang.. namun straight pada isunya keutamaan yang dicari adalah yang punya rupa.. bakat nombor 2. aku cuba adil pada panel atau juri yang dipertanggungjawabkan .. memenuhi kehendak tv station atau memancing rating dengan wajah2 elok adalah sasaran untuk mereka yang rata2nya producer juga pengarah.. kalau ramai tengok dapatlah job lagi.. faham juga tu.. cuma kenyataan itu pada aku terlalu kejam buat mereka yang benar2 punya bakat.. kemana pula yang tak punya rupa tu nak humbankan bakat dia tu.. apakah benar audien perlukan rupa semata dan sanggup hadam lakonan semborono wajah2 berupa tu.. hakikatnya masih ada yang dahagakan kualiti . ada bakat dan rupa sekali pula adalah bonus.. melihat kembali pentas dfkl tu semestinya yang hadir disitu mereka yang masih mentah dan baru... belum punya cukup kemampuan untuk grooming mungkin bedak pun kena pinjam bedak member.. sebutkan saja mana wajah pelakon rebutan ramai kini kalau dilihat balik wajah mula2 mereka melangkah ke industri ni macam mana... pecah rumah pun ada.. tapi masa tu diaorang belum mampu.. dah mampu tengok la pula penampilan mereka.. rupa paras pada aku boleh dibentuk.. namun bukankah lebih berprestij pencarian dfkl tu jika bakat yang lebih diutamakan.. kita ada saja pelakon chubby tapi bagus, kita ada je pelakon kurus kering tapi lagi berkarisma dari hero sado.. acting sentiasa saja berkisar dengan kepelbagaian ini.. ini sekadar pendapat aku.. semut kecil dalam industri yang kalaulah boleh dipanggil industri ini.. mungkin lagi baik jika perlukan wajah elok jangan namakan dfkl.. buatlah macam pentas hero/dewi remaja ..tu lagi tepat.. end up pun diaorang cari makan jadi pelakon juga. besemperna anugerah #dfkl2019 ni juga kali pertama aku nak bagitau aku tercalon lagi dalam kategori antagonis terbaik bagi drama #nur.. tahun lepas aku tercalon juga untuk drama #dekatkanjarakkita .. dan jika rupa taruhannya.. sedarlah aku.. mohon gugurkan saja aku dari senarai ni dan carilah wajah yang lebih sesuai di situ.??

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on


Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Azhan dan berharap agar pihak terbabit tampil memohon maaf.

Sebelum ini timbul sebuah isu dimana seorang penerbit mengingatkan orang ramai yang tidak mempunyai rupa supaya tidak hadir ke sebuah ujibakat lakonan.

Must-Watch Video

Advertisement