Skip to main content

Berita Tempatan

“I'm Sorry, I Just Can’t…”- Maya Karin Jatuh Sakit, Gagal Hadir Acara Bersama Peminat

mayakarin.jpg
Pelakon Maya Karin gagal hadir ke acara pembukaan cawangan terbaharu sebuah jenama barang kelengkapan bilik tidur di Ampang Point pagi tadi kerana jatuh sakit sejak semalam.

Maya yang sepatutnya hadir jam 12 tengahari tadi tidak dapat berbuat demikian selepas dia didapati tidak dapat bangun kerana tidak sihat sejak malam tadi.

Namun, Maya mengirimkan voice note buat tetamu dan media yang hadir menantikan kedatangannya.

“Hi, I'm so sorry I cannot make it..I am very verry sorry…

“I really tried, but I just…I can’t…

“Good luck and I will make up to you…and we will organize something else in a future, I’m so sorry…,” katanya.

Acara tersebut juga sepatutnya meraikan pelanggan Vono untuk bertemu dan beramah mesra dengan Maya.

Maya merupakan duta kepada Vono sejak 10 tahun lalu. 
 

Must-Watch Video

Advertisement