Skip to main content

Trend Pasaran

Hanya Makan Ladu Setiap Hari, Suami Akhirnya Minta Cerai

ladoo.jpg
Kes penceraian boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor.
 
Namun, di Uttar Pradesh India, seorang lelaki dikatakan mahu bercerai selepas isterinya hanya memberi makanan ladu setiap hari.
 
Lelaki tersebut mendakwa, isterinya menuruti arahan seorang bomoh hanya memberinya makan empat biji ladu di waktu pagi dan empat biji lagi di waktu petang.
 
Difahamkan, semua itu dilakukan bagi mengubati penyakit misteri lelaki berkenaan yang dialami beberapa bulan lalu.
 
Sementara itu, menurut seorang pegawai kaunseling, pihaknya telah memanggil pasangan tersebut untuk sesi rundingan dan nasihat.
 
"Walaubagaimanapun, ia tidak mampu mengubah kepercayaan isteri yang mendakwa hanya ladu mampu mengubati suaminya," katanya,
 
Menurutnya lagi, pasangan tersebut telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga orang anak.
 
Sumber: DailyBangladesh
 

Must-Watch Video

Advertisement