Skip to main content

Media Sosial

#GMWA24: Gandingan Duet Insomniacks dan Nabila Taqiyyah Menjadi, ‘Belum Mulai’ Dinobat Video Muzik Tergempak, Kalahkan Aina Abdul

gmwa24__insomniacks_digital_content_creator_muzik_video.jpg

Lagu Belum Mulai yang dinyanyikan oleh Insomniacks & Nabila Taqiyyah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Video Muzik Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2024. 

 

Advertisement

Belum Mulai dengan undian 59.4 peratus telah mengalahkan empat lagu popular lain iaitu Classic (DOLLA), OMK (Zubir Khan ft Ezra Kairo) dan Masing-Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda), Puas Sudah (Aina Abdul). 

 

Lagu ini juga merupakan lagu pertama kolaborasi Insomniacks bersama penyanyi asal seberang itu.

 

Hasil ciptaan oleh komposer Indonesia, Clara Riva dan S/EEK muzik video Belum Mulai  telah memperoleh sebanyak 2.1 juta tontonan di Youtube.

Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara. 

GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium. 

Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.

Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.
 

Must-Watch Video