Skip to main content

Berita Tempatan

"Doakan Saya Diberikan Kesihatan Yang Baik" - Mila Jirin Masuk Hospital

mila_4.jpg
Penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima,  Mila Jirin  telah dimasukkan ke Hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mila berkongsi gambar ketika dia sedang berada di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.

"Doakan saya diberikan kesihatan yang baik," tulisnya ringkas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Doakan saya diberikan kesihatan yang baik... #admitted #warded

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on


Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Mila kembali pulih selepas menerima rawatan.

Namun, menerusi perkongsian tersebut Mila tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.

Kami di Gempak mendoakan agar Mila kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.

Must-Watch Video

Advertisement