Wow! Wow! Wow! Miss K terkejut melihat persembahan 12 bintang Akademi Fantasia Megastar dalam konsert homecoming minggu lepas.
Mana tidaknya, semua nampak bersungguh-sungguh demi memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka.
Iyalah, bukan mudah bergelar 'Megastar'...Persembahan kena padu, baru kena dengan title 'Megastar' tu! Ye tak?
Disebabkan persembahan mantap 12 bintang Ahad lepas, Miss K dengar 12 bintang lagi dah tak senang duduk sekarang ni.
Sampai ada bintang yang minta menukar lagu di saat-saat akhir kerana terlalu tercabar melihat rakan-rakannya minggu lepas.
Bukan itu sahaja, seorang malah Miss K dengar ada juga bintang AF Megastar yang mahu berlakon pada malam konsert Ahad ni!
Alasannya...mahu memberi persaingan dan persembahan lebih hebat berbanding konsert homecoming yang pertama.
Sampai ada yang nak baring atas pentas tau! Bukan main-main punya 'gelabah' ni..Ini 'serious' ni!
Aduhhhh...Miss K pula rasa 'nervous' tunggu persembahan mereka.
Agak-agaknya kan...mampu ke Amylea, Indah, Syamel, Shahir, Anding, Aril dan yang lain-lain tu menandingi kehebatan sahabat-sahabat mereka minggu lalu?
Miss K harap persembahan di AF Megastar Homecoming minggu ini lebih hebat berbanding minggu lalu dan memberikan persaingan yang sengit.
Buktikan yang 'title' Megastar itu bukan sekadar gelaran kosong ya!
Miss K: Siapa pula artis jemputan yang bakal jadi juri di AF Megastar Homecoming kali ini?