Skip to main content

Berita Tempatan

Aktor Ip Man Terima Penghormatan 35,000 Pelajar Kung Fu

donnieyen5.jpg
Mungkin ia adalah pengalaman paling manis buat aktor popular Hong Kong, Donnie Yen apabila menyaksikan pertunjukan seni mempertahankan diri, Kung Fu daripada 35,000 pelajar yang ditujukan khas buatnya.
 
Dalam satu status aktor itu di Instagram, @donnieyenofficial, dia menyatakan kumpulan pelajar itu turut membentuk perkataan 'big brother' dalam tiga karakter Cina.
 
"Ia suatu yang menakjubkan, sekali dalam seumur hidup merupakan penghargaan yang tidak semua aktor lain dapat merasainya," katanya.
 
 

35000+ students performed martial arts and formed our “big brother” chinese characters for me! These kinds of magnificent, once in a lifetime moments truly is an honor as not every actor can experience this. Thank you for your wonderful performance, warm welcome, respect and support! Thank you for your hours, weeks of hard work organizing this special moment for me! Love you ?? #china #guinessbookofworldrecords #respect #amazing #martialarts #performance #stunning #thankyou #blessed #honor #superbulletpictures #superbulletfilms #production #movieoftheyear #comingsoon #school #students #teachers #donnieyen #甄子丹 #宇宙最強甄子丹 #comingsoon #actionmovie #martialarts #starpower #august2018 #youcandoit #knowledge is power #achievements

A post shared by Donnie Yen (@donnieyenofficial) on


Aktor yang popular dengan filem francais, Ip Man ini turut menyatakan penghargaan pada pelajar terbabit atas persembahan tersebut yang disifatkan sebagai tanda hormat dan memberi sokongan.
 
"Terima kasih atas masa yang diluangkan, berminggu untuk kerja keras bagi menjayakan momen yang istimewa buat saya kali ini," katanya.
 
Dalam video yang dimuat naik aktor itu menerusi status tersebut, dia menerima sambutan meriah daripada pelajar-pelajar yang menyertai acara itu.
 
Aktor itu yang menyambut hari jadi ke-55 pada 27 Julai lalu masih menjalani penggambaran filem sekuel terbaru, Ip Man 4 di sekitar England.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @donnieyenofficial

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video