Skip to main content

Viral

Ada Kala Diri Sendiri Menyelak AIB Diri – Dan Kita Jangan VIRALKAN, Lama-Lama Bosanlah Mereka.

intrend-buka-aib-main.jpg


Kadang-kadang naik pening dengan keadaan sekarang ini. Betullah kata seorang teman, apabila duduk sendirian, rasa macam nak lari duduk dalam hutan meninggalkan dunia yang semakin ‘membinasakan’ ini. Manusia yang dijadikan khalifah di muka bumi ini lagaknya seperti sudah tidak waras lagi.
 
 
Ada akal yang sempurna tidak mahu digunakan sebaiknya. Setiap tutur kata dan tindakan tidak mencerminkan diri seorang hamba Allah. Ada kala melakukan sesuatu yang memalukan, tidak segan menayangkannya pada seantero dunia. Terpulanglah atas pun niatnya, namun ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.
 
 
Apabila tindakan tidak kena gaya dan dicemuh, mulalah ‘play victim’. Rasa diri dipersenda, dibuli dan menjadi mangsa keadaan. Sedangkan semuanya berpunca daripada diri kita sendiri yang membuka ruang pintu untuk kecaman itu masuk melulu. Semuanya terletak pada kebijakan kita menguruskan kekhilafan diri.
 
 
Rasulullah saw melarang seseorang untuk membuka aib dirinya sendiri kepada orang lain, sebagaimana sabdanya: "Setiap umatku dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan (melakukan maksiat). Dan termasuk terang-terangan adalah seseorang yang melakukan perbuatan maksiat di malam hari, kemudian di paginya ia berkata: wahai fulan, kemarin aku telah melakukan ini dan itu – padahal Allah telah menutupnya- dan di pagi harinya ia membuka tutupan Allah atas dirinya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).



Kredit Foto: Google


Jangan Viralkan, Mereka Ini Lapar Perhatian
 
 
Memang ada kala, perbuatan seseorang yang mengaibkan dirinya itu meloyakan dan membuatkan kita rasa amat marah. Namun, fikirlah sejenak orang-orang seperti ini sebenarnya kurang perhatian dan kasih-sayang. Mereka memang mahukan diri mereka diperkatakan kemudian dipopularkan pula.
 
 
Jadi, kita sebagai orang yang waras dan cerdik, tidak usah melayan orang sebegini. Biarkan dia terus membuka aibnya satu persatu, londehkan selagi dia mahu. Lama-kelamaan senyaplah dia dan akan kembali ke bumi nyata. Jika terus dilayan, lebih banyak kemungkaran yang dilakukan.
 
 
Adakala orang seperti ini, harus ditegur dengan cara berdiam diri sahaja setelah puas dinasihati pelbagai kaedah. Lagi dicuit, lagi menjadi-jadi. Mungkin juga ada tujuan lagi yang membuatkan dia berperlakuan seperti itu – seperti kebanyakan peniaga hari ini yang mahu melariskan jualan atau menaikkan sesuatu ‘rating’.
 
 
Sepeti firman Allah SWT dalam surah AtTur, ayat 045 yang maksudnya: (Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa...


 
Kredit Foto: Google

Must-Watch Video

Advertisement