Skip to main content

Berita Tempatan

Aaron Aziz Guna Ayat Al-Quran Rawat Penyakit Misteri

aaronaziz.jpg
Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz menggunakan pendekatan merawat dirinya yang diserang penyakit misteri menerusi amalan membaca al-Quran.
 
Ujarnya, penyakit misterinya itu yang dialami sejak dua tahun lalu masih ada dalam dirinya.
 
Dia sebelum ini pernah mencuba pelbagai rawatan moden tetapi tidak berhasil.
 
Sehingga dia berkenalaan dengan seorang yang arif dalam ilmu agama menasihatkannya agar menggunakan ayat suci al-Quran sebagai amalan untuk merawat penyakitnya itu.
 
Jelas Aaron, di awal penyakit misterinya, dia mengalami sakit di bahagian belakang sejak beberapa tahun lalu.
 
Namun, dia berasa mual selepas membaca surah al-Baqarah dan kini mengakui kesihatannya semakin baik.
 
Aaron juga bertindak menurunkan gambar keluarga di dalam rumahnya kerana menurut rakannya itu, walaupun gambar keluarga tetapi malaikat tak masuk ke dalam rumah.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi
 
Sumber: Harian Metro

Foto: IG @aarondwiaziz

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement