Skip to main content

Budaya Popular

Sebelum Ni Dilarang Solat Saf Pertama, Now Siap Dapat Jemputan Mufti! Cayalah Dik!

mufti.jpg
Baru-baru ini tular kisah seorang kanak-kanak yang mengutus surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dihalang solat pada saf pertama.
 
Kisah berkenaan kemudian mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri hingga beliau juga turut menulis surat kepada kanak-kanak tersebut.
 
Tuah Nadzrul Zarfan Sharul Azly, 10, bagaimanapun tidak terhenti di situ kerana semalam dia telah dipertemukan bersama Zulkifli di pejabat mufti.
 
Momen indah itu kemudian dikongsi menerusi satu video di Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
 
Menerusi video tersebut, Zulkifli memuji sikap ditunjukkan adik Nadzrul.
 
“Sikap ditunjukkan oleh anakanda Nadzrul ni baik sebenarnya memberi kecelikan kepada pihak agamawan dan pihak ustaz.
 
“Memang ada khilaf satu-satu perkara itu. Jadi yang penting kita tafsirkan khilaf yang rahmah seperti ini menyebabkan masing-masing baik,” katanya.
 
Menerusi video berdurasi 31 minit itu juga, adik Nadzrul Zarfan turut membaca surah al-Fatihah dan doa qunut selepas diminta mufti.
 
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement