Skip to main content

Budaya Popular

Neelofa Terima Kejutan Awal Sambutan Hari Lahir Di Set Meletop

befunky-collage_163.jpg
Pengacara dan pelakon popular, Neelofa bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 Ahad ini (10 Februari).

Menerusi entri di Instagram Meletop, Neelofa telah mendapat kejutan awal sempena ulang tahun kelahirannya ketika program berlangsung semalam.

"Awwww kita celebrate birthday @neelofa di #MeleTOP malam ni!

"Happy birthday in advance @neelofa! We love youuu," tulis admin akaun.

Neelofa telah menerima sebuah kek berbentuk tas tangan berwarna oren.

Dalam rakaman video tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi dan penonton kerana meraikan ulang tahun kelahirannya.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Neelofa.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement