Skip to main content

Budaya Popular

Mengaku Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Janna Nick Mohon Maaf

befunky-collage_16.jpg
Baru-baru ini, tular video di laman Facebook mengenai seorang pengantin perempuan yang duduk dalam keadaan kurang sopan dalam sebuah acara seperti majlis pernikahan di sebuah masjid.

Pelakon Janna Nick mengaku bahawa pengantin perempuan di dalam video tersebut adalah dirinya.

"Tak adalah sampai terkangkang, ketika itu kami sedang menjalani sesi penggambaran dan babak untuk saya belum bermula lagi. 

"Saya minta maaf kalau ada yang kata kurang sopan. Pada masa itu, saya sedang rehatkan badan dan mahu selesakan diri sebelum memulakan babak," kata Janna.

Jelas Janna lagi, ramai yang menyangkakan itu kejadian sebenar.

"Apabila menjalani penggambaran, prosesnya mengambil masa agak lama. Apabila saya perlu bersimpuh dalam keadaan berbaju pengantin, saya rasa agak lenguh," katanya lagi.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Mstar Online

Must-Watch Video

Advertisement