Skip to main content

Budaya Popular

"Memang Saya Target Nak Bersanding Semula Tahun Lalu, Tapi..." - Fazley Yaakob

faz1.jpg
Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia sudah menyimpan hasrat untuk bersanding semula dengan isterinya, Datin Azrene Ahmad semenjak tahun lalu.

"Sejujurnya, memang saya letakkan 'target' nak bersanding semula tahun lalu. Tetapi ia tidak menjadi kenyatan kerana ketika itu, isteri saya melahirkan anak keempat kami pada Oktober tahun lalu.

"Bapa saya juga baru setahun meninggal dunia ketika itu, jadi saya dan isteri tangguhkan dahulu hasrat kami. Insya-Allah, impian untuk bersanding semula akan tercapai tahun ini memandangkan anak bongsu kami, Alayna Selma sudah mencecah usia setahun.

"Tahun ini merupakan masa terbaik untuk kami raikan perkahwinan kami dengan cara sederhana, untuk menjamu keluarga dan rakan-rakan," kata Fazley.

Mendirikan rumah tangga pada 2007, Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

Fazley ditemui di majlis pelancaran restoran Mamanda Kuala Lumpur di Tournament Players Club (TPC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 

Sudah lebih setahun beroperasi, restoran tersebut menawarkan keistimewaan untuk pengunjung yang gemarkan hidangan bercirikan Melayu Nusantara.

"Selepas mendapat respon yang baik di Singapura, restoran ini dibuka di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, lebih setahun beroperasi, restoran ini mendapat maklum balas positif pengunjung. 
 

"Sebagai cef eksekutif, saya sentiasa memberikan pembaharuan kepada menu yang disediakan. Apa yang penting, semua masakan bercirikan Melayu Nusantara dan hidangan utama akan disajikan dalam dulang.
 

"Buat masa ini, pekerja di restoran SukaSucre milik saya akan bergilir-gilir bertugas di sini," katanya lagi.
 
 

Kalau tuan pikat cemara Buat Lah bara bakar selaseh Sudilah Tuan menjamu selera Hidangan mesra pengikat kasih Menjunjung Santapan Warisan . Have your wonderful moments with family and friends at Mamanda TPC Kuala Lumpur over Mamanda 's Signature Dish Nasi Ambeng Mamanda and a cozy beautiful ambiance . We're ready to accommodate huge family gathering and corporate events. Contact us now. We're open from 12.00noon till 10.00pm daily, Monday to Sunday. #MamandaKL is located at TPC Kuala Lumpur, 10, Jalan 1/70 D & Off Jalan Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Reservations : +603 2011 4008 Main Line : +603 2011 5009 WhatsApp : ‭+60 11 1031 0117 #BirthdayParties #FamilyGathering #corporateFunction #engagement #nikah #mamandakl #kualalumpur #birthday #nasiambeng #mamandasg #tpckualalumpur

A post shared by Mamanda Kuala Lumpur (@mamandakualalumpur) on


Teks: Kamaruddin Razal

Must-Watch Video

Advertisement