"Orang anggap saya punca, tapi saya juga mangsa keadaan,” itu luahan seorang lelaki yang pernah bertarung dengan wabak virus COVID-19.
Lelaki berusia 32 tahun berasal dari Banting itu kini telah sembuh sepenuhnya 19 Februari selepas didapati positif COVID-19 pada 7 Februari lalu.
Menurut lelaki yang enggan dikenali namanya itu, dia mula dijangkiti penyakit berkenaan selepas pulang dari Macau, China.
"Ketika itu saya rasa demam, badan menggeletar dan sakit kepala. Selepas melalukan diagnos, barulah doktor mengesahkan saya positif COVID-19.
"Memang macam tak percaya apa yang saya dengar ketika itu. Tapi saya ikut saja arahan doktor," katanya.
Menurutnya, ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dia telah diasingkan daripada pesakit biasa.
"Saya disuntik dengan antibiotik dan dua jenis ubat. Satu untuk bunuh kuman dan satu lagu untuk elak paru-paru berdarah.
"Memang risau dan waktu itu perasaan agak negatif. Saya tutup mata memikirkan adakah ini pengakhiran hidup saya," katanya.
Namun menurutnya lagi, pemikiran negatif itu semakin berkurang selepas dia menerima sokongan moral dan nasihat daripada rakan serta keluarga.
"Ketika itu memang ramai netizen menyalahkan saya kerana membawa penyakit ini. Tapi ramai rakan bagi nasihat supaya jangan salahkan diri kerana saya juga adalah mangsa. Semuanya di luar kawalan," katanya.
Jelasnya, selepas mengikuti segala rawatan rapi yang sediakan oleh Hospial Sungai Buloh, dia kemudian disahkan pulih dan bebas daripada virus COVID-19.
"Sekarang saya masih diarahkan supaya tinggal di rumah dan mengasingkan diri dari luar. Walaupun sudah pulih saya tetap rasa orang ramai masih pandang serong.
"Apapun saya harapkan pengalaman saya dapat membantu rakyat Malaysia memahami virus ini. Pakailah penutup muka jika anda tidak sihat dan kurangkan bersentuhan dengan orang ramai," katanya.
Anda boleh lihat luahan lelaki ini menerusi video di bawah.