Aktres popular, Datin Diana Danielle menyuarakan rasa tidak puas hatinya mengenai isu penjualan haiwan liar terlindung yang semakin berleluasa.
Perkara itu dikongsi menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Selling wild animals is a SERIOUS offense not just by human law but by nature's law as well.
"@peta you protect and preserve, as a human being we must protect and preserve, that is the real meaning of 'manusia adalah khalifah di dunia', bukan jadi bongkak dan tidak berperikemanusiaan," tulisnya di salah sebuah entri yang dimuat naik.
Dalam pada itu, Diana turut menyeru orang ramai untuk membuat laporan polis berkenaan isu terbabit.
"Sekarang kita perlukan sekurang-kurangnya 50 laporan polis.
"Please work together to ensure these wild animals don't go extinct," tambahnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dan menyokong kenyataan Diana.
Difahamkan, penjualan haiwan liar terlindung itu diselenggara oleh individu menerusi sebuah akaun di media sosial, ada pihak yang telah melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa, namun masih tiada sebarang tindakan yang dikenakan setakat ini.