Pelakon drama bersiri Coffee Prince, Janna Nick tidak melatah selepas aksinya sebagai pengacara dikritik oleh sesetengah pihak.
Menerusi kemas kini laman Twitter milik penyanyi lagu Mungkin Saja itu, dia menghormati pendapat orang lain dan menerima kritikan yang membina.
"Saya hormati pendapat orang lain dan saya menghargai kritikan membina kerana saya mahu memperbaiki diri sendiri dalam menjadi yang terbaik," tulis Janna.
BACA: "Terasa Tahap Monyet Pula Industri Ni" - Syazwan Zulkifly & Aiman Hakim Sindir Janna Nick?
Terdahulu, dua pelakon lelaki kacak, Syazwan Zulkifly dan Aiman Hakim Ridza menyindir seorang pengacara wanita yang mengemudi sebuah program hiburan mingguan baru-baru ini di laman Twitter.
Tidak menujukan status itu pada mana-mana artis, netizen bagaimanapun mengaitkan nama Janna sebagai pengacara wanita yang dimaksudkan.
"Terasa tahap monyet pula industri aku ni bila tengok pengacara perempuan Melodi ni tergedik-gedik terkinja-kinja handle program ni," tulis Syazwan menerusi akaun Twitter miliknya Ahad lalu.
Rata-rata peminat Janna memberikan komen positif terhadap jawapan balas yang diberikan serta memberikan semangat untuk aktres ini.
Peminat juga memberi pujian terhadap Janna kerana tidak mudah melatah serta sikap positifnya yang menerima kritikan dengan hati terbuka.
Teks: Kamaruddin Razal

I respect others people’s opinion and i appreciate constructive criticism..
— JANNA NICK (@jannanick95) July 17, 2018
because i want to improve myself to become better..❤️
i believe there’s always a way to send the message across in a positive light..and im open to it #sayangketatsendatpadat ❤️