Skip to main content

Budaya Popular

Bekas Deejay Radio, Rafly Rahamat Meninggal Dunia Kerana Penyakit Misteri

rafly-header-(1).jpg
Bekas penyampai radio, Rafly Rahamat, 32, menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 7 malam semalam di kampung halamannya, di Kuantan, Pahang.

Rafly yang pernah bertugas di radio Hot FM Terengganu dan Manis FM itu difahamkan meninggal dunia di sisi ahli keluarga terdekatnya setelah terlantar sakit selama beberapa bulan.

Sebelum ini, Rafly dimasukkan ke Hospital Ampuan Afzan, Kuantan sejak April lalu disebabkan hilang selera makan hingga menjadikan tubuhnya susut mendadak.

Menurut kenalan terdekat, Rafly difahamkan menderita penyakit misteri.

Kali terakhir Rafly mengemaskini akaun Instagramnya sekitar tiga hari lalu dengan harapan menginginkan tubuh badannya seperti sedia kala.

Kehilangan Rafly mendapat perhatian beberapa teman rapatnya yang pernah bertugas bersama untuk mengutuskan salam terakhir.

Antaranya, Syazwan (Manis FM), El (Hot FM) dan Bienda yang pernah bertugas di stesen radio Manis FM.
 
 

Terima Kasih Adikku ? Aku Belajar Banyak Darimu... Kesusahan,Kesedihan Pastinya Kesabaran... Rupanya Ini Rezeki yg Ku Dapat Bila Mengenalimu... ? Rezeki Utk Menjadi Org Yg Lebih Sabar & Memaafkan.... ? . Rafly... Aku Akan Senyum Bila Teringat Semua Kenangan Kita... ? Aku Harap Aku Xkn Lupa Wajahmu... Senyum Mu,Gelak Mu... Insya Allah... Akan Sentiasa Ku Kirimkn Doa UtkMu Adikku... ? ... . Ya Allah Ya Tuhanku... Ampunilah Dia, Rahmatilah Dia, Muliakanlah Kematiannya, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya Dan Berilah Kesabaran Kepada Ahli Keluarganya, Semoga Arwah Di Tempatkan Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman... . AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امي

A post shared by FC IG : @BiendaLovers ? (@biendalavienda) on


Kami mengucapkan salam takziah buat Rafly sekeluarga. Moga roh arwah dicucuri rahmat.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @raflyrahamat

Must-Watch Video

Advertisement