Skip to main content

Budaya Popular

Bakat Tak Dihargai, Aliff Syukri Mahu Menyanyi di Luar Negara

aliffmenyanyi.jpg
Usahawan kosmetik yang bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mahu mengembangkan bakat nyanyiannya di luar negara.

Menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, Aliff memuat naik paparan skrin soalan yang ditanyakan netizen di ruangan Ask Me Question.

"Apa lagi bisnes yang bakal Datuk akan buat?" tanya soalan terbabit.

Menjawab soalan itu, Aliff berhasrat untuk mewarnai industri nyanyian di luar Malaysia.
 

doakan sy berjaya yaa????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


"Menyanyi di luar negara sebab di Malaysia bakat saya tak dihargai dan developer bungalows lot," jawab Aliff.

Isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida sempat meninggalkan komen di entri tersebut.

"Saya hargai lah bakat terendam tu," seloroh Shahida.

Sebelum ini, Aliff pernah tampil dengan single Abang Nak Tegur dan menjadi penyanyi undangan dalam single Nur Sajat, Makhluk Penggoda.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement