Skip to main content

Budaya Popular

“Al-Fatihah…”- Bapa Wak Doyok Meninggal Dunia

bapa-wakdoyok-meninggal.jpg
Bapa kepada usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok, Mohd Nor Abdul Hamid disahkan meningga dunia pada Khamis.

Berita sedih itu dberitahu sendiri oleh Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor  menerusi akaun Instagramnya hari ini.

"Baba saya baru sahaja meninggal dunia.  Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Baba saya," tulisnya.
 
Difahamkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan takziah dan berharap Wak Doyok tabah dengan pemergian bapa tercinta.
 

Advertisement

Must-Watch Video