Skip to main content

Budaya Popular

"41 Tahun Satu Usia Yang Mencabar" - Fazley Yaakob

fazley-befunky-collage.jpg
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-41 semalam.

Menurut Fazley, usia terbabit merupakan satu cabaran kepadanya kerana ketika arwah ayahnya, Datuk Yaakob Mohammad berusia 41 tahun, dia merupakan seorang Pengarah Pendidikan di Indonesia.

"41 tahun merupakan satu usia yang mencabar kepada saya kerana arwah ayah saya ketika itu sudah menjadi Pengarah Pendidikan di Indonesia.

"Saya pula menjadi orang yang mencipta makanan untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

"Saya rasa tanggungjawab saya makin hari makin bertambah," katanya kepada Gempak.

Fazley ditemui ketika majlis Ramadan Preview Suka Sucre Bistro di Cheras, semalam.

Tambah penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Asmara Ini itu, dia bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan kehidupan bermula ketika di usia 40 tahun.

"Apabila menjengah usia 40 pada tahun lalu, memang sepanjang tahun lepas banyak sangat benda baik yang berlaku.

"Dengan kemenangan di Malaysia International Gastronomy Festival 2018 (MIGF2018), anugerah di Paris, buku resepi dan segala penerimaan orang luar dengan kerjaya saya sebagai seorang cef.

"Selain itu, ketika umur 40 tahun juga, saya mendapat seorang anak perempuan. Saya juga mendapat tawaran memegang tanggungjawab baru untuk menjadi duta pelbagai jenis syarikat makanan," katanya lagi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement