Sekilas
- Pelakon Anzalna Nasir bersyukur dan gembira melihat anak-anaknya semakin membesar dan aktif.
- Dia menikmati fasa ini kerana boleh melakukan pelbagai aktiviti dan bercuti bersama tanpa perlu mengejar anak kecil.
- Anzalna memutuskan untuk tidak menambah anak lagi supaya dapat fokus pada percutian dan kenangan bersama anak-anak sedia ada.
Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur dan gembira apabila melihat kedua-dua anaknya kini sudah semakin membesar.
Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna mengakui fasa yang sedang dilaluinya ketika ini merupakan antara tempoh yang paling dinikmati sebagai seorang ibu kerana anak-anaknya sudah boleh diajak melakukan pelbagai aktiviti bersama.
“Alhamdulillah, anak-anak dah besar. Sejujurnya ia adalah fasa kesukaan saya.
“Kami dah boleh travel dan buat pelbagai aktiviti bersama. Kami boleh nikmati percutian kami tanpa perlu mengejar anak kecil,” tulisnya.
Menurut Anzalna, momen ini membuatkan dia belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.
“Sebab itulah, saya buat keputusan untuk tidak mempunyai anak lagi.
“Saya nak banyak percutian dan kenangan terindah bersama mereka,” ujarnya.
Sumber: Instagram