Skip to main content

Individu Dakwa Pembantu Rumah Tak ‘Educated’, Atikah Suhaime Tampil Bersuara - “Jangan Buat Negara Lain Pandang Kita Sombong”

Bakar isteri

Sekilas

  • Atikah Suhaime menegur pengguna Threads yang menganggap pembantu rumah tidak berpelajaran hanya kerana mereka tidak fasih berbahasa Inggeris atau bahasa tempatan.
  • Beliau menegaskan bahawa ramai pembantu rumah terpaksa bekerja di luar negara demi mencari rezeki dan tidak sepatutnya dipandang rendah.
  • Atikah juga mengingatkan supaya tidak menjadikan Malaysia dilihat sombong oleh negara lain dan menghargai sumbangan pembantu rumah dalam mendidik anaknya.

Pelakon, Atikah Suhaime tampil menegur seorang pengguna di Threads yang menggangap pembantu rumah tidak berpelajaran seperti kebanyakkan masyarakat di Malaysia.

Enggan berdiam diri, Atikah berkata bahawa meskipun pembantu rumah tidak boleh bertutur dalam bahasa yang kita fahami, namun perkara tersebut tidak mencerminkan tahap pelajaran seseorang.

Malah, sesetengah mereka juga terpaksa bekerja di luar negara demi mendapatkan rezeki.

“Tak baik cakap bibik tak berpelajaran. Tak bermaksud jika mereka tak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris atau bahasa kita, mereka tidak berpelajaran. 

"Kadangkala, mereka terpaksa mencari rezeki di negara orang,”tulisnya.

Justeru, Atikah berpesan agar tidak membuatkan negara luar memandang Malaysia sebagai negara sombong kerana mempunyai mentaliti seperti itu.

“Saya ada ramai rakan-rakan dari Indonesia yang kaya dan berpelajaran. Jangan buat negara lain pandang kita sombong,”ujarnya.

Katanya lagi, berkat bantuan pembantu rumahnya juga, anak tunggalnya, Lyla Mulan kini sudah pandai bersalaman serta beradab

“Disebabkan pembantu rumah sayalah, Mulan kini sudah pandai bersalam-salaman dan beradab. Jadi, hati-hati dengan penggunaan kata-kata awak,”katanya.



 

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement