Skip to main content

Berita Tempatan

Wawa Zainal Rasa Bersalah Kurang Luang Masa Dengan Anak - "Seronoknya Jadi Suri Rumah..."

Astro Gempak wawa anak

Sekilas

  • Wawa Zainal mengakui sukar mengimbangi kerjaya dan keluarga kerana jadual kerja dan perniagaan yang sangat padat.
  • Anak-anak memberi teguran jujur yang membuatkan Wawa rasa bersalah kerana kurang masa bersama mereka.
  • Wawa juga cemburu dengan wanita yang jadi suri rumah kerana dapat luangkan masa penuh dengan anak-anak walaupun dia sendiri ada cabaran tersendiri sebagai usahawan.

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengakui berdepan cabaran dalam mengimbangi kerjaya dan keluarga apabila kesibukan kerja menyebabkan masa bersama anak-anak semakin terhad.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, jadual yang padat termasuk komitmen mengurus perniagaan dan sesi siaran langsung membuatkan dia dan suaminya, Aeril Zafrel, sering pulang lewat.

“Tahun ini agak penat kerana saya dan suami kerap membuat sesi siaran langsung dan sebagainya. Jadual juga sangat padat.

“Kadang-kadang anak sendiri menegur, ‘Mama dan Ayah dah lama tak cakap sayang kepada kami’,” katanya.

Menurut Wawa, teguran jujur daripada anak-anak memberi kesan mendalam sehingga membuatkan dia berasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa secukupnya bersama mereka.

“Itu antara sebab saya belum mahu menambah anak buat masa ini. Dengan anak-anak yang ada sekarang pun saya masih rasa sangat bersalah kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Wawa turut mengakui perasaan cemburu terhadap wanita yang bergelar suri rumah kerana dapat membesarkan anak-anak sepenuh masa.

“Orang nampak bila jadi usahawan semuanya ada. Tetapi dalam masa sama saya rasa seronoknya jadi suri rumah kerana boleh meluangkan masa lama dengan anak-anak. Masing-masing ada cabaran sendiri.

“Saya pula mempunyai pasukan yang besar dan ramai yang bergantung kepada perniagaan ini,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KEMEJA Mandalas Meralda Men's Short Sleeve Batik Shirt

KEMEJA Mandalas Meralda Men's Short Sleeve Batik Shirt

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

ELGINI E16439 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar

ELGINI E16439 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

Must Watch Video

Advertisement