Skip to main content

Hiburan

Umie Aida Titip Ucapan Sempena Hari Pertunangan Bella Astillah - “Rezeki Anak Bella Dipertemukan Seorang Lelaki…”

Astro Gempak 317

Sekilas

  • Pelakon Umie Aida mengucapkan tahniah kepada Bella Astillah dan Syed Saddiq atas langkah baru dalam hubungan mereka.
  • Umie memuji Syed Saddiq yang menerima anak-anak Bella dengan penuh kasih sayang sebagai seorang 'daddy'.
  • Majlis pertunangan Bella dan Syed Saddiq akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI mulai jam 3.30 petang.

Pelakon Datin Seri Paduka Umie Aida menitipkan ucapan tahniah buat pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bakal melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Umie meluahkan rasa syukur selain melihat perkembangan tersebut sebagai satu permulaan yang baik.

“Alhamdulillah… satu permulaan yang baik. Satu langkah yang menunjukkan kesungguhan dalam sebuah hubungan.

“Satu saja pertanyaan kita pada Bella, ‘macam mana hubungan Syed dengan anak-anak?’ Masya-Allah… di situlah jawapannya,” katanya.

Menurutnya, kehadiran Syed Saddiq dalam kehidupan Bella bukan sekadar sebagai pasangan, sebaliknya turut menerima anak-anak pelakon itu dengan penuh kasih sayang.

“Rezeki anak-anak Bella… dipertemukan dengan seorang lelaki yang hadir bukan sekadar sebagai pasangan, tapi sebagai seorang ‘daddy’ yang menerima mereka sepenuh hati, tanpa batas, tanpa syarat.

“Rezeki anak-anak. Tahniah,” ujarnya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dilaporkan bakal mengikat tali pertunangan selepas berita gembira tersebut diumumkan menerusi kolaborasi bersama Astro Gempak pada Sabtu.

Jangan lupa saksikan siaran langsung majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq eksklusif hanya di Astro.

Dapatkan liputan penuh majlis ini di platform digital Astro Gempak dan Era.je mulai jam 2 petang.

Anda juga boleh saksikan secara langsung majlis pertunangan ini di Astro Ria dan Astro AWANI bermula 3.30 petang.

Sumber: Instagram

 

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Must Watch Video

Advertisement