Skip to main content

Hiburan

Sikap ‘Suka Lari-Lari’ Aliff Syukri Pengaruhi Keluarga, Qadejah Akui Sudah Terbiasa Hidup Dalam Persekitaran Pantas - “Abah Tak Suka Orang Lembap…”

Astro Gempak

Sekilas

  • Qadejah El Zahra berkongsi bahawa bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri, sangat aktif dan suka berlari di rumah yang luasnya 28,000 kaki persegi.
  • Aliff yang mempunyai sifat ADHD membuatkan semua ahli keluarga perlu menyesuaikan diri dan menyaingi tahap tenaganya.
  • Qadejah juga menjelaskan bahawa bapanya tidak suka sikap perlahan, jadi mereka sekeluarga biasa bercakap dan bergerak dengan pantas.

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra tampil berkongsi mengenai sikap bapanya yang gemar berlari di dalam rumah yang sebelum ini mencuri perhatian ramai.

Menurut Qadejah atau mesra disapa Cess, keadaan itu bukan sesuatu yang pelik memandangkan bapanya seorang yang sangat aktif sehingga seluruh ahli keluarga perlu ‘menyamai’ tahap tenaganya.

“Abah tetap Abah kan? Dia kata rumah saya seluas 28,000 kaki persegi. Tapi memang boleh saya katakan, kalau kita lembap di rumah Abah, memang tidak boleh bertahan sebab walaupun rumah kami seluas 28,000 kaki persegi, kami tetap kena berlari sebab Abah ni jenis ADHD (sangat aktif). Jadi semua orang perlu tandingi tenaganya (match his energy).

Tambahnya, dia sendiri tidak pasti bagaimana mampu menyesuaikan diri, namun mengakui sudah terbiasa membesar dalam persekitaran tersebut.

“Saya pun tak tahu macam mana boleh tandingi tenaga dia, tapi kena boleh juga sebab dari kecil dah biasa.

“Kalau pekerja lambat, memang semua akan berlari. Kalau jalan lenggang, jangan terkejut Abah akan kejar. Lari!” ujarnya berseloroh.

Dalam masa sama, Qadejah berkata bapanya juga tidak gemar dengan sikap perlahan sehingga mempengaruhi cara mereka sekeluarga berkomunikasi.

“Abah tak suka orang lembap. Sebab itu kalau kami bercakap laju, jangan pelik. Kalau bercakap atau berjalan lambat, memang ‘kena’,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang individu mempersoalkan tindakan Aliff yang dilihat sering berlari ketika sesi siaran langsung bersama pelakon Azar Azmi.

Menjawab persoalan itu, Aliff menjelaskan keadaan tersebut berpunca daripada keluasan rumahnya yang mencecah 28,000 kaki persegi.

Anda mungkin berminat dengan

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Must Watch Video

Advertisement