Skip to main content

Hiburan

“Mana-Mana Pihak Yang Menyebarkan Fitnah, Saya Tidak Akan Teragak-Agak Ambil Tindakan Sewajarnya” - Betty Rahmad

Astro Gempak 274

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Betty Rahmad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dirinya.
  • Betty menegaskan dia tidak akan berdiam diri dan telah menyerahkan kes ini kepada peguam untuk menjaga maruah diri dan agama.
  • Tindakan ini susulan dakwaan tular yang mendakwa Betty bersikap biadab terhadap pekerjanya di sebuah acara festival.

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dirinya.

Menerusi satu hantaran dalam Threads, Betty berkata dia tidak lagi boleh berdiam diri selepas dakwaan tersebut semakin tular dan diperkatakan.

“Dah lebih seminggu perkara ini dibiarkan. Namun semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan tidak berasas.

“Diam tak bermaksud saya merelakan diri dipijak. Demi menjaga maruah diri dan agama, saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam hantaran sama, Betty turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya bersama peguam.

“Kepada mana-mana pihak yang menokok tambah atau menyebarkan fitnah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujarnya.

vcvc

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang individu mendakwa seorang pelakon dan usahawan bersikap biadab terhadap pekerjanya di sebuah booth ketika menghadiri satu acara festival.

Menerusi satu hantaran dalam TikTok, individu berkenaan mendakwa pelakon tersebut meninggikan suara terhadap pekerjanya ketika sedang melayan pelanggan lain.

Individu itu turut mempersoalkan tindakan berkenaan dan menyifatkan tiada sesiapa berhak melayan pekerja dengan cara sedemikian walaupun bergelar selebriti.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

Must Watch Video

Advertisement