Sekilas
- Isa Khan menegur sikap sesetengah individu yang gemar mengeluarkan kata-kata negatif terhadap makanan di media sosial.
- Isa mengingatkan ajaran Nabi Muhammad SAW supaya menjaga adab terhadap makanan dan tidak mencela rezeki yang diberikan.
- Teguran Isa muncul selepas video kritikan Johan Ghazali terhadap makanan kunafa menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
Pelakon, Isa Khan tampil membuat teguran mengenai sikap individu yang dilihat gemar mengeluarkan kata-kata negatif terhadap makanan.
Menerusi ciapan di Threads, Isa beranggapan tindakan itu adalah sabagai tidak wajar.
Malah, Isa turut mengingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam untuk sentiasa menjaga adab terhadap makanan dan tidak sewenang-wenangnya mencela rezeki yang diberikan.
“Rasulullah ajar adab terhadap makanan. Baginda tak pernah mencela makanan. Kalau suka, Baginda makan. Kalau tak suka, Baginda tinggalkan tanpa mengutuk.
“So who are you untuk sampahkan makanan?” tulisnya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhadian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diberikan Isa.
Terdahulu, tular satu video audio siar memaparkan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali yang dilihat mengkritik makanan kunafa dan menyifatkan makanan popular tersebut sebagai “makanan sampah”.
Video itu tular namun ada warganet beranggapan Jojo hanya mengkritik kunafa secara umum dan dalam masa yang sama, ramai juga menganggap perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana setiap orang mempunyai citarasa tersendiri.
Sumber: Threads