Skip to main content

Indonesia

Netizen Gembira Suspek Aniaya Bekas Kekasih, Gunting Bibir & Butakan Mata Ditangkap

ASTRO GEMPAK guntingbibir

Sekilas

  • Seorang lelaki bernama Taufik Hidayat yang menganiaya wanita bernama YTR selama tiga tahun berjaya ditangkap di Majalaya, Jawa Barat.
  • YTR ditemui dalam keadaan parah dengan sebelah mata hampir buta dan bibir digunting, kini sedang menerima rawatan di hospital.
  • Polis menggesa wanita lain yang pernah menjadi mangsa Taufik tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut.

Kisah tular seorang wanita dengan sebelah mata buta dan bibirnya digunting kerana didera bekas kekasih selama tiga tahun kebelakangan ini mula menemui ‘jalan pembelaan’.

Hal itu selepas suspek keji yang menganiaya dirinya dikenali sebagai Taufik Hidayat berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas menyembunyikan diri. Lelaki berusia 30 tahun itu telah ditangkap di Majalaya, Jawa Barat, lapor Detik.

Taufik diburu selepas kisah kejamnya menganiaya seorang wanita dikenali dengan nama YTR secara keji di Bandung. Menerusi laporan media tempatan, YTR dan suspek telah berkenalan di sebuah konsert sebelum menjalin hubungan. YTR sempat memperkenalkan lelaki tersebut sebagai kekasihnya kepada keluarga sebelum ‘jejaknya’ perlahan-lahan terhapus.

Sejak bercinta dengan Taufik, YTR gagal dihubungi dan diketahui kerap berpindah randah untuk sukar dikesan.

Namun keluarga kembali menemui YTR dalam keadaan menyayat hati selepas seorang individu yang tidak dikenali menghubungi mereka, memaklumkan wanita itu sedang dirawat di sebuah hospital di Bandung, baru-baru ini.

YTR, 29, ditemui dengan keadaan yang sangat menyayat hati. Selain wajahnya hancur dengan bibir dipercayai digunting, sebelah mata yang hampir buta serta banyak kesan luka di seluruh tubuh.

Sehingga artikel ini ditulis, YTR masih menerima rawatan di hospital sementara Taufik akan didakwa di atas perbuatan tidak berperi kemanusiannya itu.

Selain menganiaya YTR, Taufik juga diketahui pernah melakukan kekerasan rumah tangga terhadap bekas isteri dan beberapa wanita lain. Pihak polis meminta wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki tersebut tampil membuat laporan.

Sementara itu berita penangkapan Taufik disambut ‘gembira’ oleh netizen. Ramai yang berpuas hati lelaki tersebut akhirnya berjaya ditangkap dan mahu diadili dengan berat di atas perbuatan jahatnya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement