Skip to main content

Antarabangsa

Isteri Orang Dibunuh Bekas Kekasih Kerana Minta Belikan iPhone

Astrogempak iphone

Sekilas

  • Seorang wanita bernama Ayu Puspita Sari, 24, dibunuh kejam oleh bekas kekasihnya selepas meminta iPhone model terbaru di Sumatera Selatan, Indonesia.
  • Pelaku, MAP, 33, mencekik mangsa hingga mati sebelum membakar dan membuang jasad rentungnya di Sungai Enim.
  • Mayat mangsa ditemui beberapa hari kemudian dan pelaku berjaya ditahan dalam masa kurang 24 jam selepas keluarga mengenal pasti identiti Ayu.

Gara-gara meminta iPhone, seorang wanita berstatus isteri orang dibunuh kejam oleh bekas kekasihnya.

Jasad mangsa dikenali sebagai Ayu Puspita Sari, 24, ditemui dalam keadaan rentung di tepi Sungai Enim, Desa Karang Raja, Kabupaten Muara Enim di Sumatera Selatan, Indonesia pada akhir bulan lalu.

Pelaku, MAP, 33, sudah pun diberkas dan kini disoal siasat pihak berkuasa.

Pembunuhan kejam itu berlaku ketika kedua-duanya bertemu secara rahsia di sebuah hotel di wilayah Kabupaten Muara Enim pada 24 Mei lalu.

Difahamkan, mereka pernah menjalinkan hubungan selama lebih setahun sebelum Ayu berkahwin dengan lelaki lain.

Laporan siasatan mendedahkan pelaku naik angin selepas didesak berkali-kali oleh mangsa supaya membelikannya iPhone model terbaharu.

MAP yang tidak dapat menahan marah bertindak mencekik mangsa hingga dia mati di tempat kejadian.

Pelaku yang panik sempat meninggalkan bilik hotel itu sebelum kembali untuk membawa keluar mayat bekas teman wanitanya yang dibungkus rapi ke Jambatan Enim III.

Dia kemudiannya membakar tubuh mangsa sebagai cubaan untuk menghapuskan bukti malah membuang cebisan jasad yang rentung ke dalam sungai.

Beberapa hari kemudian, mayat rentung itu ditemui warga setempat yang bersantai dekat jambatan berkenaan.

Pada mulanya, proses untuk mengenal pasti identiti didakwa sukar, namun keluarga berjaya mengecam Ayu berdasarkan struktur giginya.

Ia membawa kepada penahanan MAP dalam tempoh kurang 24 jam.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement