Jika ditanya menteri paling ‘lit’ ketika ini, tidak lain dan tidak bukan ia milik Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Tidak kiralah dari segi karisma, personaliti atau sifat rendah diri ditonjolkan beliau, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kini menjadi menteri kesayangan ramai.
Namun, satu perkara mengenai Mat Sabu ini juga, beliau seorang yang pandai masak.
Kesedapan masakannya pula telah diperakui oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng menerusi satu video yang tular beberapa minggu lalu.
Dalam video terbabit Guan Eng ada menyebut yang beliau amat sukakan gulai ikan YB Mat Sabu.
Oleh itu jika ada yang tertanya-tanya resepi gulai terbabit, ada berita baik buat anda.
Menu itu telah pun dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Zalina Yahya.Menurutnya, resipi terbabit diperoleh menerusi seseorang yang rapat dengan Mat Sabu.
RESIPI TULISAN TANGAN MAT SABU

Resipi gulai terbabit ditulis sendiri oleh Menteri Pertahanan itu. Jadi, bagi anda yang mahukan resipi terbabit sila ikuti langkah ini.
1. Tumis hirisan bawang putih, bawang merah halba campur dan daun kari.

2. Masukkan rempah kari ikan (jenama Babas) 2 bungkus yang telah dibancuh sedikit air. Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung(atau bendi). Biar lembut anggaran 5 minit.

4. Masukkan air asam jawa. Zalina mengunakan 3/4 sudu asam jawa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam.
5. Masukkan ikan (Zalina menggunakan ikan kerapu). Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis. Siap!

Nampak menyelerakan bukan? Jika tiada idea untuk menu berbuka puasa, apa kata anda cuba menu ini. Selamat memasak!