Berita baik buat penggemar aiskrim sekalian! Sempena musim perayaan ini, jenama aiskrim terkenal Häagen-Dazs memperkenalkan dua perisa mochi edisi terhad.
Kalau anda tertanya-tanya apa itu mochi, mochi adalah kek Jepun yang diperbuat dari beras. Ia berbentuk bulat dengan tekstur lembut dan kenyal.
Inilah masanya anda nak gabungkan citarasa Asia dan dua perisa baru, cetusan rasa dari Eropah. Apa yang menariknya dengan dua perisa baru ini?
Cream Cheese Mochi
Dibuat daripada krim sebenar, aiskrim Tiramisu Mochi baru diilhamkan daripada kelazatan tiramisu berasal dari Italia. Menggunakan keju mascarpone sebenar dari Itali, gabungan cebisan kecil Mochi memberi sensasi tersendiri ketika mengunyah sambil menikmati kelazatan rasa aiskrim sehingga menjilat cawan.
Tiramisu Mochi
Aiskrim Cream Cheese Mochi baharu dibuat dengan keju krim asli yang dibawa dari Eropah. Anda dapat menikmati kelazatan keju yang digabungkan dengan cebisan Mochi yang memberikan rasa kegebuan dan sentuhan kelembutan baldu seperti kek keju.
Dua perisa baru ini boleh didapati di kedai Häagen-Dazs, pasar raya besar dan kedai serbaneka seluruh negara pada harga RM9.90 bagi saiz mini cup dan RM30.40 bagi saiz pint.