Pasukan Manchester United bakal mendapat pengurus baharu apabila Jose Mourinho bersetuju dengan syarat-syarat bersama Manchester United dan dilaporkan telah menandatangani kontrak awal hari ini.
Semalam, Mourinho dilihat meninggalkan rumahnya di London pada jam 2.50 petang ke sebuah hotel di pusat bandar dan mengakhiri perbincangan untuk bersetuju menjadi bos baharu di Old Trafford. Mourinho juga dilihat telah menuju ke Manchester bagi sesi penggambaran rasmi sebelum pengumuman berlangsung.

Bekas pengurus Inter Milan, Real Madrid dan Chelsea ini menggantikan tempat Louis van Gaal yang dipecat Isnin lalu selepas dua hari pasukan Red Devils memenangi piala FA.