Semalam kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima kejutan istimewa daripada bekas bintang bolasepak Manchester United (MU), Gary Neville dan Ryan Giggs.



Gambar: Facebook JOHOR Sounthern Tigers

Mereka dilihat mengunjungi pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam dan berkesempatan bertemu dengan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi.


Kedua-dua lagenda bola sepak ini dan TMJ saling bertukar pendapat tentang visi, halatuju dan pelbagai perkara berkaitan sukan bola sepak JDT. Berkongsi beberapa keping gambar di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, mereka teruja dengan lawatan ini dan perancangan yang dilakukan untuk JDT kelak.
Gambar: Facebook JOHOR Sounthern Tigers