Mak adalah orang yang paling rapat dengan kita. Lahir, membesar dan tinggal bersama mak buatkan mereka antara insan terpenting dalam hidup kita. Siapa berani lawan cakap mak. Apa sahaja yang #MakKata mesti yang terbaik untuk kita
10 pesanan #MakKata yang paling awesome pernah kita dengar terutama dibulan puasa & musim raya ni
1. #MakKata kalau malas bangun sahur, makanlah sebiji dua kurma.
2. #MakKata sediakan air mineral dalam kereta. Kalau sekat dalam jammed waktu berbuka, taklah telan air liur je.
3. #MakKata balik kampung cepat sikit, takde sapa nak tolong pasang langsir.
4. #MakKata kalau dah kerja bagus tu, jangan lupa bagi duit raya kat anak saudara.
5. #MakKata kalau orang datang melawat tu, keluarlah bergaul. Jangan memerap dalam bilik je.
6. #MakKata kalau Cik Peah tanya bila nak kawin, jawab je tak hari Sabtu, hari Ahad.
7. #MakKata buat apa nak diet-diet, mak masak rendang ni untuk anak-anak habiskan.
8. #MakKata kalau mak fokus tengok TV, jangan gatal tukar channel.
Cakap pasal #MakKata ni memang tak akan pernah habis. Setiap apa pesanan mak membawa seribu erti. Atas dasar hormat, kasih sayang dan menyanjung peranan seorang mak, Celcom telah menghasilkan sebuah video #LettersFromMak yang bakal buat anda terkenang mak sendiri dan tak sabar nak pulang ke dakapan mak raya kali ni. Benarlah setiap apa yang #MakKata tu, syurga kita terletak di bawah tapak kaki mak. Terima kasih mak.
Untuk menonton lebih banyak #MakKata, anda boleh tonton disini.