Skip to main content

Market Trends

Polis Atau Instafamous - Polis Tercantik Jerman Diarah Buat Keputusan

polis.jpg

Seorang wanita yang mendapat jolokan 'polis tercantik Jerman’ diberi kata dua untuk meneruskan kerjayanya sebagai anggota polis atau berhenti mengejar populariti sebagai Instafamous.

 

Adrienne Koleszar, 34, merupakan seorang penjawat awam yang mengumpul 557,000 pengikut di Instagramnya.

 Popular di Instagram.

Mengikut laporan Daily Mail, dia mendapat gelaran polis tercantik Jerman berikutan kecantikan bentuk badannya dan pandai bergaya.

 

Awal tahun ini, Koleszar telah memohon cuti enam bulan tanpa gaji untuk menghabiskan masanya bercuti mengelilingi dunia dan mengejar impiannya untuk menjadi Instafamous.

 Mengelilingi dunia!

Bagaimanapun, dalam pertemuan bersama pegawai atasannya minggu lalu, wanita itu diberi pilihan sama ada kembali bekerja bermula 1 Januari ini atau berhenti kerana negeri Saxony memerlukan sehingga 1,000 anggota polis sepenuh masa, lapor media Jerman.

 

Memetik laporan akhbar Bild, dia diberi tempoh sehingga hari ini untuk membuat keputusan. Koleszar memberitahu dia ingin berjaya dalam kedua-dua bidang kerjaya itu tetapi sedar bukan semua yang diimpikan dapat dicapai.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video