Skip to main content

Market Trends

Oreo Berperisa Wasabi Dan Kepak Ayam Pedas Diperkenalkan, Wow Atau Euww?

oreo2.jpg

Biskut kegemaran ramai, Oreo kini mengeluarkan dua perisa baru iaitu wasabi dan kepak ayam pedas untuk peminat setia.

 

Mengumumkan pelancaran Oreo itu di Twitter, biskut yang sudah berusia hampir 106 tahun ini menggemparkan netizen kerana rata-ratanya terkejut dengan pemilihan dua perisa ini.

 

Terdahulu, Oreo sudah banyak mengeluar pelbagai perisa edisi terhad antaranya beri biru, mentega kacang, teh hijau dan coklat gelap.

 

Namun sedikit kecewa buat peminat Oreo di Malaysia, dua perisa baharu ini dikeluarkan di pasaran negara China sahaja. Jika anda tetap mahu mencuba, anda boleh dapatkan dua perisa yang telah dilancarkan pada 21 Ogos ini di laman web eBay.

 Dua perisa baru di China.

Oreo berperisa wasabi dan kepak ayam pedas ini dijual pada harga $13.99 (RM58) sehingga $23.99 (RM99) sekotak di eBay.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video