Mahal na mahal kita, Miss Universe Filipina! Catriona Gray, Miss Universe Filipina telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2018 yang baru sahaja berlangsung di Impact, Muang Thong Thani, Bangkok.
Dimahkotakan oleh Miss Universe 2017, Demi-Leigh Nel-Peters, Catriona menewaskan dua saingan di peringkat Top 3 iaitu Venezuela dan Afrika Selatan.
Top 3 Final Word: Miss Universe Philippines#MissUniverse LIVE on @FOXtv. pic.twitter.com/W6Vwfy10k0
— Miss Universe (@MissUniverse) December 17, 2018
Cantik, berbakat dan bijak, ini yang anda perlu tahu tentang Miss Universe 2018, Catriona Gray dari Filipina.
-
Catriona Gray, 24, merupakan ratu keempat dari Filipina yang telah dinobatkan sebagai Miss Universe. Terdahulu, Pia Wurtzbach berjaya mengharumkan nama Filipina dengan menyandang gelaran Miss Universe 2015.
-
Berdarah campuran Filipina dan Scotland, bapanya Ian Gray merupakan warga Scotland manakala ibunya Normita Magnayon merupakan rakyat Filipina. Dilahirkan di Cairns, Australia, Catriona pindah ke Filipina ketika usianya 18 tahun.

-
Dikenali dengan cara jalannya yang tersendiri, Catriona menjadi popular selepas gaya 'slow-mo twirl' nya ketika sesi pakaian renang tular di laman sosial.
WATCH: #MissUniverse Philippines Catriona Gray slays in a pink swimsuit.
— ABS-CBN News (@ABSCBNNews) December 17, 2018
VIDEO CREDIT: Under License from Miss Universe, LLP pic.twitter.com/eVf9gECur6 -
Sangat dekat dengan masyarakat di negaranya, Catriona sangat aktif sebagai aktivis HIV/AIDS di Love Yourself PH. Dia juga merupakan seorang pembantu guru kepada para pelajar di Young Focus, sebuah badan NGO yang membantu kanak-kanak tidak bernasib baik untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

-
Suka makan! Catriona amat menggemari makanan tradisional Filipina seperti adobo, balut dan buah tempatan mangga manis.
-
Antara cita-cita murninya termasuklah menghentikan masalah kemiskinan di Filipina. Mempunyai projek sendiri yang diberi nama Paraiso: The Bright Beginnings Project, Catriona bekerja keras untuk mengumpul dana bagi pra-sekolah dalam usaha mengurangkan masalah kemiskinan terutamanya bagi kanak-kanak.

-
Suka mengembara! Catriona gemar melancong serata dunia dan menulis tentang penggembarannya di dalam blog miliknya, Cat'elle. Catriona akan terbang menggembara bersama teman lelakinya, Clint Bondad.