Skip to main content

Market Trends

Ayuh Bantu Pelajar UPM Ini Bertanding Di Kejohanan Rubik's Cube Asia 2018

cube.jpg

Orang Malaysia terkenal dengan sikap pemurah kan? Apa kata kita ambil kesempatan keberkatan bulan Ramadan ini untuk menderma dan memberikan dana untuk seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usahanya mengharumkan nama Malaysia di Kejohanan Rubik's Cube Asia 2018.

Mengharumkan nama Malaysia di Brazil.

Muhammad Syahmi Bin Mohd Jafri atau lebih mesra dikenali Syahmi merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UPM. Berasal dari Kodiang, Kedah, dia mula menceburkan diri dalam rubik cube pada sejak dari tingkatan dua.

 

Menurut Syahmi, "ibu belikan satu rubik cuba untuk saya dan kakak dan dari situ saya belajar cara selesaikan rubik cuba dari internet. Masa tingkatan tiga baru saya serius cuba menyelesaikan cube tu secepat mungkin. Ia dipanggil speedcubing. Komuniti speedcubing Malaysia banyak memberikan tips dan bermula tahun 2010 saya menyertai pertandingan cube ini."

 Tak semua orang mampu selesaikan cube rubik.

Kejohanan Rubik's Cube Asia 2018 yang akan disertainya akan diadakan pada 17 - 19 Ogos ini bertempat di Taipei, Taiwan. Ini merupakan kejohanan Asia ke-5 penganjuran sejak tahun 2010 yang disertai oleh 400 peserta dari seluruh Asia.  Secara keseluruhannya, 18 acara dipertandingkan di kejohanan Asia ini iaitu  2x2x2, 3x3x3, 4x4x4, 5x5x5, 6x6x6, 7x7x7, 3x3 one handed, 3x3 with feet,  3x3 blindfolded, fewest move count, rubik's clock, megaminx, pyraminx, skewb, 4x4 blindfolded, 5x5 blindolded, multi blind dan square-1.

 

Terdahulu, Syahmi pernah menyertai Medan Open 2018, Indonesia, World Rubik's Cube Championship 2017 di Paris dan World Rubik's Cube Championship 2015 di Sau Paulo Brazil. Tambah mengagumkan, dia yang telah menyertai sebanyak 23 pertandingan dalam dan luar negara ini telah memenangi sebanyak 6 pingat emas, 10 pingat perak, 13 pingat gangsa dan juga merupakan bekas pemegang rekod Malaysia bagi pyraminx dan 3x3 with feet.

 Team dari Malaysia.

Syahmi juga tular di Twitter apabila dia memerlukan dana sebanyak RM2,000 untuk misinya membawa nama Malaysia. "Saya telah menempah tiket penerbangan ke Taipei pada 15 Ogos. Dana yang saya sedang kumpul merangkumi tiket penerbangan, tempat tinggal, makanan dan pengangkutan sepanjang saya berada di sana."

 

"Kalau anda ada sebarang urusan, boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp di talian 013-4175844, atau melalui Twitter @meitanteisyahmi atau Facebook, Meitantei Muhammad Syahmi", ujarnya lagi.

 Bantu kutip dana untuk Syahmi ke Taipei.

Mendapat sokongan penuh dari Keluarga dan teman-teman seperjuangan, apa kata kita bantu Syahmi untuk mencapai misinya membawa nama Malaysia ke Kejohanan Rubik's Cube Asia 2018. Selamat maju jaya diucapkan pada Syahmi dan semoga bendera Malaysia berkibar dengan megahnya di Taipei nanti.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video