Ketika industri muzik tempatan masih belum stabil dari aspek penjualan album pada masa kini, band popular Spider masih yakin menghasilkan album baru buat peminat mereka.
Album yang diberi judul Ankabut yang dilancarkan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak baru-baru ini menterjemahkan perjalanan muzik band selama dua dekad dalam industri muzik tanah air.
Vokalisnya, Tam menjelaskan album ini diilhamkan tiga tahun lalu selepas album terakhir mereka, Kitasatu yang diterbitkan enam tahun lalu. Menariknya, dalam mencari bahan sesuai untuk dijadikan lagu baru, mereka membawa diri ke Rompin, Pahang untuk mendapat ilham tersebut.
Tambah Tam seperti dilaporkan Sinar Harian, suasana tenang di situ memberikan mereka idea dan hasilnya dalam tempoh seminggu berada di situ mereka berjaya mencipta 10 lagu.