Skip to main content

Market Trends

Harith Iskander Ke Separuh Akhir 'Funniest Person in the World'

harithiskander.jpg

Tahniah diucapkan kepada Harith Iskander kerana telah tersenarai ke peringkat separuh akhir bagi merebut gelaran Funniest Person in the World yang akan diadakan di Helsinki, Finland. Harith bakal berentap dengan 19 orang lagi peserta dari serata dunia.

Menurut kenyataannya di dalam Malaysiakini, “Saya berjaya memasuki peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Finland pada 5 Disember nanti”.

Untuk layak ke separuh akhir, peserta dikehendaki menghantar sebuah klip video ke The Laugh Factory agar ia boleh dinilai oleh peminat dari seluruh dunia.

Untuk peringkat separuh akhir pula, tidak seperti sebelumnya, Harith memberitahu kali ini dia perlu ‘beraksi’ pada 5 Disember selepas mendapat jemputan ke Helsinki.

“Saya akan membuat persembahan secara langsung di hadapan pengadil dan kemudian, lima peserta dinilai untuk memasuki peringkat akhir,” katanya.

Juga bertempat di Helsinki, lima peserta peringkat akhir dijangka membuat persembahan di hadapan penonton selain ia disiarkan secara langsung menerusi YouTube.

Juara dengan undian paling tinggi akan membawa pulang wang tunai AS$100,000 (RM400,000) disamping berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat secara berbayar.

Setiap negara berpeluang menghantar sebanyak dua wakil untuk berentap dengan calon-calon dari 56 buah negara antaranya Australia, Jerman, Indonesia, Jepun, Brazil dan Agentina pada peringkat pertama.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video