Skip to main content

Market Trends

Beyoncé Umum Hamil Anak Kembar

beyonce-01.jpg

Ratu pop, Beyoncé bakal menimang bayi kembar selepas mengumumkan kehamilan keduanya hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap, Jay Z, hari ini.

Pemilik nama sebenar Beyonce Giselle Knowles-Carter, 35, itu berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi laman Instagram peribadi yang diikuti 92.8 juta pengikut.

"Kami ingin berkongsi rasa cinta dan kegembiraan. Kami mendapat anugerah berganda. Ahli keluarga kami bakal bertambah dengan kehadiran dua orang lagi. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya yang berkongsi gambar dalam keadaan melutut sambil memegang perut yang semakin membesar.

Hanya dalam tempoh tidak sampai sejam dimuat turun, foto serta pengumuman itu meraih lebih 3 juta ‘Like’ selain menerima kira-kira 300,00 komen daripada peminat.

Sekali gus, gambar berkenaan mengesahkan desas-desus bertebaran mengenai kehamilannya ketika kontroversi kegoyahan rumah tangga masih hangat diperkatakan akhir tahun lalu.

Begitupun, pengumuman Beyoncé genap sembilan bulan selepas pelancaran album Lemonade yang sebelum ini dilihat secara terbuka mendedahkan kecurangan suaminya membuktikan perkahwinan mereka kembali teguh.

Leomonade yang memuatkan lagu penuh bermakna termasuk berjudul Final Warning dan Gonna Lose Your Wife itu turut menerima sembilan pencalonan Anugerah Grammy yang diadakan pada 12 Februari depan.

Terdahulu, pasangan yang berkahwin sembilan tahun lalu itu dikurniakan anak sulung perempuan, Blue Ivy Carter yang dilahirkan  pada  7 Januari  2012.

Must-Watch Video