Skip to main content

Market Trends

Ayuh Gadis Malaysia, Asia's Next Top Model Musim Ke-6 Sedang Mencari Anda

asntm.jpg

Mahu diri anda dikenali serata Asia dan bertanding bagi merebut gelaran Asia's Next Top Model musim ke-6 (AsNTM 6)? Kini pencarian dibuka bagi gadis Malaysia yang bercita-cita menjadi seorang model untuk mengisi ASNTM edisi 2018.

  Casting mula dibuka sehingga 8 April 2018.

Jika anda berusia 16 hingga 27 tahun dan bermastautin di mana-mana negara dalam benua Asiapencarian AsNTM 6 dibuka secara online. Anda boleh mengisi butiran peribadi berserta tiga foto terbaik di sini dan nyatakan kenapa AsNTM 6 perlukan anda. Ujibakat akan ditutup pada 8 April 2018.

  Sheena Liam, juara AsnTM dari Malaysia.

Terdahulu Malaysia pernah dibarisi model-model berbakat dan menyerlah seperti Sheena Liam, juara AsNTM musim ke-2, Tuti, finalis AsNTM musim ke-4, Alicia Amin, finalis AsNTM musim ke-5 dan Shikin Gomez, naib juara AsNTM musim ke-5, musim ke-6 ini pasti memberi harapan pada wakil Malaysia untuk membawa gelaran itu pulang.

  Shikin Gomez, naib juara AsNTM musim ke-5.   Tuti, wakil Malaysia di AsNTM musim ke-4.  

Kini peluang anda untuk serlahkan bakat terbuka luas dan selamat membawa nama Malaysia ke persada Asia.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video