Penyanyi popular YouTube dari Australia, Cassidy La Creme memang cukup dikenali ramai menerusi lagu-lagu Melayu yang dinyanyikannya. Aksinya sebagai 'minah salleh' menyanyikan lagu Melayu dengan fasih sering membuatkan peminatnya kagum dengan bakat wanita itu.
Terbaru, aksinya menyanyikan lagu "Teman Pengganti" nyanyian asal Black dan Malique yang dimuat naik di YouTube pada 26 Ogos lalu juga mencuri tumpuan. Jika dibandingkan dengan penyanyi asal, mungkin aksi Cassidy nampaknya lebih menghiburkan dengan gaya tersendiri.
Sebelum ini, dia pernah menyanyikan beberapa lagu Melayu lain seperti "Tiada Lagi" nyanyian asal Amy Search, "Salam Dunia" (Datuk M Nasir), "Havoc" (Joe Flizzow) dan "Ombak Rindu" (Adira & Hafiz).