Sekilas
- Nurin Afiqah pernah menghabiskan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk satu acara termasuk solekan, jurugambar, dan videografer walaupun acara itu tidak berbayar.
- Selepas kelahiran anaknya, Nurin mengubah keutamaan dan kini memilih untuk tidak menghadiri semua acara kerana kos, masa, dan tenaga yang diperlukan.
- Dia juga berkongsi kenangan bergaya dengan merancang pakaian berbulan-bulan sebelum acara dan menunjukkan foto semasa bercuti di luar negara.
Pempengaruh media sosial, Nurin Afiqah mengakui dia sebelum ini sangat gemar menghadiri majlis atau acara yang memerlukan dirinya bergaya.
Menerusi perkongsian di Threads, Nurin berkata dia perlu mengeluarkan kos sekurang-kurangnya RM1,000 yang merangkumi solekan dan jurugambar untuk menghadiri satu acara.
“Pada suatu masa dulu, saya sangat suka pergi events. Tapi nak pergi events perlu modal. Saya masih ingat habiskan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk satu event ya.
“Make up, stylist, photographer, videographer. Dan ia bukan event yang berbayar,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Nurin yang juga seorang usahawan bagaimanapun memberitahu keutamaanya sudah berubah semenjak kelahiran anaknya.
“Lepas dah keluar seketul anak kecil, semua keutamaan saya berubah. RM1,000 jumlah yang banyak. Saya tidak lagi pergi ke semua event. Saya harus memilih.
“Sebab ia memerlukan banyak masa, tenaga dan wang. Jadi, sekarang saya dah tak pergi, tak ada la konten saya nak melawa. Saya rindu juga,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nurin juga berkongsi beberapa foto memperlihatkan dirinya bergaya ketika bercuti di luar negara.
“Sumpah I terpaling rajin dulu, paling banyak masa paling nak jadi diva. Done mengimbas kenangan dulu. I plan my outfit dua ke tiga bulan sebelum, siap ada moodboard ya. Awas semuaa kepala saya pun berbulu,” kongsinya lagi.
Sumber - Threads