Sekilas
- Tomok dan Lisa Surihani berkongsi momen istimewa bersama di hadapan Kaabah, Tanah Suci Makkah.
- Mereka pernah bekerjasama dalam filem fenomena 'Istanbul Aku Datang' 14 tahun lalu.
- Perkongsian ini mendapat sambutan hangat netizen yang teruja melihat pertemuan semula mereka.
Penyanyi, Tomok mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto dirinya bersama pelakon, Lisa Surihani di hadapan Kaabah, Tanah Suci Makkah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail menyifatkan pertemuan mereka amatlah istimewa dan bermakna.
Ini kerana mereka berdua sebelum ini pernah disatukan dalam filem yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu iaitu ‘Istabul Aku Datang’ pada 14 tahun lalu.
“Kami bekerjasama dalam ‘Istanbul Aku Datang’ 14 tahun lepas yang lalu.
“Tetapi, kali ini kami dipertemukan dalam satu perjalanan yang amat istimewa. Alhamdulillah,”katanya.
Perkongsian tersebut telah meraih jumlah tanda suka dan komen yang tinggi dengan rata-rata netizen gembira melihat kedua pelakon tersebut bertemu semula, sekali gus mengubati peminat filem tersebut.
Terdahulu, Lisa selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukun islam kelima musim haji tahun ini.