Skip to main content

Antarabangsa

Penumpang Cuba Buka Pintu Pesawat Ketinggian Hampir 11, 000 Meter

Astrogempak UNITED

Sekilas

  • Sebuah pesawat United Airlines terpaksa mendarat di Washington selepas seorang penumpang cuba membuka pintu kapal terbang pada ketinggian hampir 11,000 meter.
  • Penerbangan 1551 yang membawa 145 penumpang dan enam kru itu dalam perjalanan ke Bandar Guatemala dari Newark, New Jersey.
  • Pesawat mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, manakala penumpang berkenaan dikendalikan oleh pihak berkuasa.

Sebuah pesawat  United Airlines dilencongkan ke Washington selepas seorang penumpang cuba membuka pintu kapal terbang itu pada ketinggian 10,972.8 meter, lapor saluran  berita NBC News. 

Kejadian melibatkan Penerbangan 1551 membawa 145 penumpang dan enam kru, baru-baru ini. 

Pesawat  Boeing 373 Max 8 itu dalam perjalanan ke Bandar Guatemala selepas berlepas dari Newark, negeri New Jersey pukul 7 malam (waktu tempatan). 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) berikutan gangguan tersebut.

“Pesawat ini mendarat dengan selamat dan disambut oleh penguatkuasa undang-undang untuk menangani apa yang disifatkan oleh United Airlines sebagai tingkah laku penumpang tidak terkawal,” kata United Airlines. 

Tiada kecederaan dilaporkan. 

FAA menegaskan bahawa setiap pelanggaran yang dilakukan oleh penumpang boleh didenda sehingga  AS$43,658 (RM173,230).

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement