Skip to main content

Selebriti

Pengasas Jenama Terkenal Dedah Cikgu Cuk** Minta RM100,000 Pada Cik Epal, Dakwa Terlibat Kes Pemalsuan Dokumen - “Peguam Dia Sendiri Pun Kena…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pengasas Hijabistahub, Wanie Elena, mendakwa individu dikenali sebagai Cikgu Cuk** meminta RM100,000 daripada pempengaruh Cik Epal untuk dana syarikatnya tanpa pengetahuan Wanie.
  • Wanie mendedahkan individu tersebut gagal menipu rakan terdekat dan kini mencari mangsa baru di luar kumpulan mereka, serta terlibat dalam kes pemalsuan dokumen.
  • Wanie dan rakan-rakannya percaya individu itu kerana hubungan rapat sejak 2019, namun terkejut apabila penipuan dan pemalsuan terbongkar.

Pengasas jenama baju terkenal, Hijabistahub iaitu Wanie Elena mendakwa bahawa individu yang digelar Cikgu Cuk** telah meminta wang sebanyak RM100,000 daripada pempengaruh, Cik Epal.

Menurutnya, wang tersebut kononya digunakan untuk memberi dana kepada syarikat miliknya.

Namun, dia tidak menerima apa-apa wang daripada Cik Epal, malah baru mengetahui perkara tersebut sejak beberapa hari lepas.

“Bulan empat, Cikgu Cuk** ada minta RM100,000 daripada Cik Epal dengan alasan kononnya nak fund kepada Hijabistahub.

“Saya tak pernah tahu pasal funding ini dan tak pernah terima apa-apa jumlah daripada Cik Epal dan saya baru tahu mengenai perkara ini pada 3 hari lepas,”tulisnya.

Dalam masa sama, Wanie berkongsi bahawa disebabkan individu tersebut gagal melalukan penipuan tersebut pada rakan terdekatnya, maka sebab itulah dia mencari mangsa baharu yang bukan dalam kumpulan kawan sendiri.

Malah, dia juga mendakwa individu tersebut terlibat dalam kes pemalsuan dokumen.

“Semasa itu, kebanyakkan founder dalam circle kami sebenarnya dah tahu mengenai scam yang dia buat itu. Bila orang dalam circle sendiri dah mula tahu cerita sebenar, dia terpaksa cari mangsa di luar circle. 

“Kalian ingin lihat kes lain yang ada dokumen hitam putih tak? Kes pemalsuan dokumen yang melibatkan firma guaman pula. Peguam dia sendiri pun kena scam macam itu sahaja,”ujarnya.

Mengulas mengapa dia boleh mempercayai individu tersebut sebelum ini, Wanie menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya amat mempercayai individu tersebut kerana mereka telah mengenali satu sama lain dan hubungan mereka amat rapat.

“Yang tanya kenapa kami amat percaya pada dia, korang kena tahu kami dah kenal sejak 2019. Bukan kenal biasa-biasa tetapi memang rapat. 

“Dia bukan sekadar penasihat cukai atau ejen cukai. Dia juga chartered accountant, syarikat secreteary, sahabat yang kami segani dan selalu anjurkan majlis umrah. Sebab itu, bila segalanya telah terbongkar, kami semua terkejut dan tak sangka dia boleh buat seperti itu,”jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement